fisha's
memoria
fisha's memoria
  • i
  • ii
  • +
  • Yayasan Bank Rakyat
    Saturday | 9:25 am | 0 comments

    Assalamualaikum and hello everyone!

     

    So, for today, I would like to share my experience during Student Development Programme/Kem Induksi Yayasan Bank Rakyat which is for the students who receive PPBU (Pinjaman Pembolehubah Bank Rakyat).

     

    First and foremost, PPBU ni apa? PPBU adalah sebuah pinjaman yang ditawarkan oleh pihak Bank Rakyat kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda terutamanya yang mengambil dalam jurusan seperti Ekonomi, Akaun dan Data Analisis. Kenapa PPBU lebih berbaloi? Pada pendapat saya, jika dibandingkan dengan PTPTN, PPBU adalah lebih baik kerana salah satunya, tiada interest akan dikenakan, malahan jika dapat CGPA 3.5 dan ke atas, pinjaman automatik akan diubah menjadi biasiswa sepenuhnya. Hence, that's why it is called as "Pinjaman Pemboleh Ubah". Alamak, saya tertarik dengan pinjaman ni tapi saya ambil Engineering. Jangan risau, saya juga pelajar jurusan dalam Kejuruteraan Awam tetapi alhamdulillah, saya juga salah seorang penerima PPBU untuk 2019/2020 Tier 2. So, macam mana nak mohon PPBU ni? Firstly, korang kena sentiasa alert dengan announcement dari pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) sama ada melalui instagram ataupun twitter, @OfficialYBR. Lepas mohon PPBU, pelajar perlu menjawab quiz, tak silap Fisha, kuiz yang diberi tidaklah susah sangat, soalan Matematik pun rasanya soalan sekolah menengah. Lepas dah jawab quiz, maka pelajar-pelajar perlu menunggu dalam 3 hingga 4 bulan untuk keputusan daripada pihak YBR sama ada dapat atau tidak. Untuk permohonan Fisha pada tahun lepas, lebih kurang 4 bulan juga tunggu, daripada bulan 9 sehingga bulan 1.

     

    Selepas terima mesej daripada pihak YBR yang Fisha dapat PPBU, alhamdulillah, gembira sangat tapi tak berakhir begitu sahaja tau. Pihak YBR bagi masa dalam 2 minggu untuk selesaikan semua dokumen yang perlu dihantar kepada pihak mereka seperti salinan IC, salinan gaji ibubapa dan surat akuan perjanjian. Nasib baik masa tu cuti semester, so taklah rasa kalut sangat buat semua tu.


    Pagi hari kedua di UPM


     

    Dan ayuh kita skip ke stage terakhir sebelum terima PPBU iaitu Kem Induksi YBR di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Kampus Serdang, Selangor. 


    Kem tu diadakan dalam masa 3 hari, alhamdullilah, kem tersebut taklah stress sangat dan Fisha sangat gembira kerana dapat meluaskan ilmu sepanjang berada di sana spt belajar tentang asas persediaan menghadapi bencana alam oleh pihak MERCY! Bukan itu sahaja, duit jangan risau, kerana makan minum ditangguh sepenuhnya, 6 kali sehari. Kami juga ada buat gotong-royong sekitar UPM.


    Aktiviti gotong-royong sekitar UPM


     

    Setakat ini, itu sahaja yang Fisha boleh cerita. Sekian, terima kasih and have a great day, everyone!

     



    Older Post Newer Post

    Credit: fully-coded by Fisha