Oh Kucingku ~

Assalamualaikum dan hai hai :D

Title skema semacam je, tak tahu nak letak apa so decided letak title tu je lah haha.

Nak cerita yang kucing Fisha tengah sakit T^T. Eh ada aku kesah ? Jangan lah cakap macam gitu pulak dalam hati, tak baik tau masa bulan Ramadhan ni, hehe.
Back to the topic, kucing Fisha sekarang ni tengah demam, selsema and then mata kanan dia tak boleh bukak. Fisha tak tahu pulak kenapa jadi macam gitu, dah hampir 2 minggu kucing Fisha macam tu. Kesian dia, korang ada tips tak macam mana nak sembuhkan demam kucing ni ? Kesian kucing Fisha hehe.

And then, Fisha selalu dengar orang tua cakap.

"Jangan tangkap gambar kucing , nanti mati"

Tak tahu pulaklah yang tu betul-betul. Humph, tapi Fisha still tak percaya, korang pernah dengar pepatah macam gitu ? Pelik jugaklah dengarnya . Dari kecik sampai sekarang Fisha asyik ayat yang sama je kalau nak ambil gambar kucing.
Ok, that's all, wassalam.

10 comments:

Cik Nadyya said...

kucing fisha makan durian ke? hikhik

akak pena denga itu ayat.. bole kot amek gamba. cuma jgn flash kott..

dulu pon terpikir gakk..

atie zakaria said...

kucing fisha sakit tu tp akk x tau nk suruh buat ape... kucing akk pn penah kena cmtu..

akk just bersihkn dia then cr la kalau ada luka2 ke, letak minyak..

akk ada jugak dgr org ckp jgn tgkp gmbr kucing, nnt kucing cepat mati..

akk x percaya pn ajal tu bukan kt tgn kita..
kucing akk tu dr kecik akk tgkp gmbr dia.. ok je... ;)

white lily said...

hakak pun biasa dengar gak orang tua tua kata getu.. dulu bela kucing gak then selalu tangkap gambar.. biasalah, main main je kan. tuptaptuptap.. meninggal. jangka hidup dua tahun je. gulp! teringat balik kata-kata tu. haha. tapi lah kan... itu cuma mitos. dah hidup dia tak lama nak buat acener. senang cete, waakk gi klinik jelah.

miss fifi said...

memang selalu gak dengar pasal kalau amik gambar kucing nanti dia mati..
(tapi kan setiap yang hidup pasti akan mati so..ade benarnya jugak :D)

Anyway, Fifi xrase yang kalau amik gambar kucing akan mati becoz kucing Fifi selalu sangat diamik gambar but okay je after lebih lima tahun :)

mirza syazwina said...

cuma tak boleh tangkap gambar kucing pakai flash je fisha sebab tak elok untuk saraf kucing.

ni akak bagi link cara rawat kucing selsema,fisha baca k ^_^..harap kucing fisha sihat cepat :D

http://nameeroslan.blogspot.com/2013/03/sedih.html

Anis Ifham said...

semoga kucing fisha cepat sembuh :)

Nadratul Syazwana said...

Get well soon kucing Fisha! Hehe eh kak Nad tak pernah dengar pulak pepatah camtu ei

Siara Elina said...

Mungkin tuu kebetulan ajer kot. Akak tak pernah dengar pulak pasal tuu hehe wallahualam. =P

Nurul Farahizzati Zakaria said...

Semalam, akak amik gmbr sekor kucing ni, alhamdulillah, hidup lg.. bawak gi klinik haiwan la fisha...

Nurul Farahizzati Zakaria said...

Semalam, akak amik gmbr sekor kucing ni, alhamdulillah, hidup lg.. bawak gi klinik haiwan la fisha...