Lagu Raya

Assalamualaikum and hai hai.

Hari ni nak cakap pasai lagu raya. Dah ada dekat radio, kalau bukak radio conform ada.
Tbh, Fisha suka lagu raya yang lama lama than yang baru-baru ni, tak tahu kenapa. Maybe sebab Fisha memang dibesarkan dengan lagu raya yang lama macam P.Ramlee, etc. Korang macam mana pulak ?

Next, kalau cakap pasal lagu raya ni tiba-tiba je ingat masa sekolah rendah dulu.
Kalau lepas raya, sekolah kitaorang ada buat majlis nak sambut hari raya, so kena pakai baju raya lah hari tu, bukan kemain lagi bergaya nya budak-budak lain -.- . Then, setiap kelas pun kenalah buat persembahan lagu raya, part nyanyi lagu raya Fisha paling tak suka lah haha.

And then then then, kalau cakap pasal lagu raya ni, conform Fisha suka dengar lagu Balik Kampung by Sudirman. Seriously, Fisha suka lagu tu dari kecik lagi, happy je dengar lagu tu haha.

That's all, sampai sini dulu entry ni ye.
Wassalam.

random

Assalamualaikum dan hai hai :D

Firstly, baru hari ni dapat tengok blog, seminggu Fisha tak bukak blog sebab wifi rumah ni kadang-kadang lembab sangat, tak tahu lah kenapa T^T.

Hari ni dah hari ke 14 Ramadhan means dah masuk hari ke 14 berpuasa. Rasa macam baru je berpuasa dah hari ke 14. Sedih jugak lah nak tinggalkan bulan Ramadhan ni kan. Tak lama dah nak raya dah, ingat lagi masa kecik-kecik dulu, orang selalu usik kalau tak puasa, tak boleh raya. Memang sudah melekat ayat tu dekat otak ni masa kecik dulu haha.

Then, Fisha rasa Fisha dah cukup duit kot beli phone baru. Korang tahu tak phone jenama yang elok, tapi pastikan harga tu seribu ke bawah lah sebab tak cukup bajet nak beli phone mahal-mahal ni hehe.

That's all, nak sambung blogwalking pulak :D
Wassalam.

Oh Kucingku ~

Assalamualaikum dan hai hai :D

Title skema semacam je, tak tahu nak letak apa so decided letak title tu je lah haha.

Nak cerita yang kucing Fisha tengah sakit T^T. Eh ada aku kesah ? Jangan lah cakap macam gitu pulak dalam hati, tak baik tau masa bulan Ramadhan ni, hehe.
Back to the topic, kucing Fisha sekarang ni tengah demam, selsema and then mata kanan dia tak boleh bukak. Fisha tak tahu pulak kenapa jadi macam gitu, dah hampir 2 minggu kucing Fisha macam tu. Kesian dia, korang ada tips tak macam mana nak sembuhkan demam kucing ni ? Kesian kucing Fisha hehe.

And then, Fisha selalu dengar orang tua cakap.

"Jangan tangkap gambar kucing , nanti mati"

Tak tahu pulaklah yang tu betul-betul. Humph, tapi Fisha still tak percaya, korang pernah dengar pepatah macam gitu ? Pelik jugaklah dengarnya . Dari kecik sampai sekarang Fisha asyik ayat yang sama je kalau nak ambil gambar kucing.
Ok, that's all, wassalam.

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan hai hai.

Finnalyy, dapat jugak update blog ni, dah lama tak blogwalking T^T.Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada korang.

Today is 4 Ramadhan 1435 Hijrah, dah masuk hari keempat berpuasa, alhamdulilah.
Bulan Ramadhan ni memang lah orang cakap asyik letih je, tapi actually banyak kelebihan, macam dapat belajar menjadi seorang yang penyabar, besides, kesihatan pun boleh bertambah baik.
Lagipun, Fisha berazam untuk menjadi yang lebih baik untuk tahun ni, insyaallah.

And then, ada tengok world cup ? Fisha tengok World Cup, { bukan yang siaran langsung, ulangan je }, masa tu Germany vs Algeria, rasanya ?
Orang cakap pemain-pemain Algeria tu berpuasa, but they still can scored goal. Kagum, although diorang kalah pun, diorang still win hearts. Bukan Fisha yang cakap, Fisha nampak tweet orang tu. But I still kagum.

Lagi satu, lepas Ramadhan ni ofcourse Syawal.
Hati masih tertanya-tanya, ada lagi ke orang nak bagi duit raya dekat Fisha ni ? Hehe

Wassalam.