Baju Raya

Assalamualaikum and hai hai :D

Sebelum nak mulakan entry ni, Fisha nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.
Rasanya masih terlalu awal untuk cakap pasal baju raya ni sebab puasa pun belum haha.

Okay and back to the topic, Fisha rasa baju raya Fisha tahun ni simple je. Nak tahu warna apa ? Tunggu 1 Syawal nanti haha. Puasa dulu baru raya :D
How about korang ? Warna apa baju raya tahun ni? Confirm tak nak bagi tau sebab Fisha tak bagi tau warna baju raya Fisha haha.
Kalau cakap bab-bab baju raya ni, memang semua orang nak pakai baju raya masa hari Raya Aidilfitri. Lagipun sunat pakai baju cantik-cantik masa raya kan. Macam-macam style Fisha tengok, ada family tu pakai baju sedondon je warna, ada jugak family pakai warna warni. RAINBOW ~ hoho.

And then then, tahun ni Fisha tempah je baru raya dekat tailor, tak beli baju siap sebab kadang-kadang baju dekat kedai tu tak menepati cita rasa eceh ceh ~
Tapi kadang-kadang, kalau hantar dekat tailor, tailor selalu buat silap. Contohnya masa raya tahun lepas dan lepas lagi, baju raya kakak Fisha dengan emak Fisha tertukar.
Tailor tu buatkan kain emak Fisha tu baju kakak Fisha.  Ish ish ish -.-
Tapi nak buat macam mana, redha je lah. Lagipun kalau nak beli baju yang lain pun macamlah ada stok lagi sebab masa tu dah penghujung Ramadhan sangat dah.

That's all, nak sambung blogwalking pulak. Fisha tak bukak blog 3 hari sebab busy dengan homework hehe.
By the way, nak tumpang sini kejap. Alhamdulilah masuk 2 CPUV lagi, kalau nampak iklan ni klik banyak-banyak ye :)


Wassalam.


CPUV #1 & #2

Assalamualaikum dan hai hai.

Finnalleeh I got my first CPUV dari Mr.Nuffnang. Hehe thank you a lot :DD
Hari ni baru tau yang Fisha dapat CPUV sebab hari tu tak cek Nuffnang hehe.

Kalau nampak iklan Bulgogi Brothers atau Invest Smart klik banyak-banyak ye, nanti Fisha balas balik. Kerjasama anda amat dihargai tau :)


Wassalam :)

Random ~

Assalamualaikum dan hai hai :D

Lagi seminggu lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Mubarak, yuhuu yuhuu.
Tak sabarnya nak puasa, kan-kan hoho.

Ingat balik masa dulu, Fisha belajar puasa umur 5 tahun, tu pun Fisha puasa 2 hari je. Yang lain Fisha semua puasa setengah hari sebab tak daya, aish. Lepas tu, masa 5 tahun tu Fisha sesat dekat bazar Ramadhan. Haha, ramai sangat orang dekat bazar tu. Fisha ingatkan orang sebelah Fisha tu ayah Fisha rupanya orang lain. Nasib baik orang tu kenal ayah Fisha hehe.

By the way, esok hari koperasi dekat sekolah. Tak sabarnya, hehe. Ada cabutan bertuah, hadiah dia memang berbaloi lol. Phone pun ada, Fisha nak sangat dekat phone tu TT^TT sebab phone Fisha dah rosak haha. And then ada lagi hadiah dia, antaranya iron *bukan iron man*, blender and cadar katil.

Kawan Fisha semua tertanya-tanya kalau nombor diorang kena dalam cabutan bertuah tu and then menang blender tu, nak bawak balik macam mana agaknya. Takkanlah nak bawak dalam bas kot hoho.
That's all, nak sambung blogwalking pulak. Dah seminggu tak blogwalking sebab busy buat correction exam hari tu T^T.

Wassalam.

Tudung

Assalamualaikum and hai hai,

Hari ni Fisha nak update pasal tudung. Sekarang banyak tudung, I mean macam shawl and etc.
Tapi dalam banyak-banyak tudung tu, Fisha rasa Fisha lebih suka tudung syria, sebab muka Fisha sesuai pakai tudung tu,  *sesuai lah sangat* haha.

Pernahlah jugak pakai sekali shawl and baru tau muka Fisha tak sesuai pakai shawl lol.
Kalau pakai tudung bawal pernah jugak, tapi tak sesuai jugak. I decided to wear tudung syria lah sebab tudung tu je yang sesuai. Tudung sarung pun pakai jugak tapi rasa kelakar pulak sebab dah lama tak pakai tudung tu automatic cakap muka kelakar pakai tudung tu. Haha, cerewet betul -.- , nak tengok muka Fisha pakai tudung syria macam mana ? Ni diaaaa ~

weheeeeeeee.


Sorry , Fisha tak pandai ber'posing' hehe. 
By the way, Fisha dah dapat Instagram lama Fisha tu. Ingatkan Instagram tu dah kena buang lol. 
Hehe follow me @mefishaaa , thank-you-very-very-much :D 

Wassalam.

Whiteboard

Assalamualaikum.

Whiteboard or blackboard masa sekolah rendah dulu memang selalu jadi sasaran untuk diconteng selain meja dengan buku conteng, tu pun kalau takde cikgu lah dalam kelas. Memang normal lah tu kan hoho.

Masa Fisha darjah 3 dulu, memang budak kelas Fisha selalu sangat menconteng whiteboard aka papan putih.
Ketua kelas pun join jugak, betapa teruknya kelas kitaorang kalau takde cikgu.

Fisha tengok diorang conteng dekat whiteboard tu entah apa-apa. Diorang conteng macam-macamlah.
Example :

                                Ali Loves Minah

Tak tahu apa motif tulis macam tu. Yang selalu jadi sasaran dalam kelas conform budak yang selalu kena ejek. Nama Fisha tak selalu jadi sasaran sebab bajet gangster dalam kelas tapi menangis jugak kalau tak bawak buku -.- . And then, part yang paling Fisha benci sekali kalau diorang conteng ni dekat whiteboard :

Jangan conteng whiteboard ni !

Dah lah tulis besar-besar pulak tu. And then-then, ada pulak budak gatal tangan nak menulis lagi dekat whiteboard:

Kau conteng boleh pulak !!!!!!!!!!!!!!!


Tanda seru tu bukan saja-saja, memang fakta budak kelas Fisha tulis tanda seru tu banyak-banyak.
Pernah sekali diorang tulis dekat whiteboard tu guna parmenent marker, kelam-kabut kitaorang nak padam dahlah lepas tu masa ustaz garang tu haha.

Masa darjah empat, kitaorang tukar kelas, kelas kitaorang tu guna blackboard means tulis pakai kapur lah.
Tak tahu kenapa kitaorang tak menconteng dah, katanya takde feelings lol.
Berakhir lah fenomena menconteng whiteboard di situ dan bermulalah fenomena baru di situ.

Iaitu menghitamkan kasut menggunakan pemadam blackboard sebab cikgu selalu buat spotcheck kebersihan dalam kelas -.- .

Shopping Online ?

Assalamualaikum.

Selama hidup Fisha ni, sejujurnya Fisha pernah sekali je shopping online. Kesian tak ? To be honest, Fisha takut nak shopping online ni sebab banyak sangat orang selalu kena tipu. Lagipun Fisha ada juga baca entry dekat blog lain pasal shopping online ni.

First time Fisha shopping online tu pun nyaris-nyaris je duit Fisha ni lebur. Barang yang Fisha order tu pun sampai dengan bad conditions. Bekas pensel yang Fisha order tu pun dah terkoyak sikit.
Fisha order 2 botol air dengan 2 bekas pensel tapi 1 botol air dengan 1 bekas pensel je Fisha dapat. Tu pun puas Fisha marah owner tu, macam-macam Fisha cakap dekat owner tu ._. .
Kesian adik Fisha patutnya dia gunakan bekas pensel tu masa bukak sekolah nanti, dahlah dia baru nak masuk darjah satu ._. .

And then bekas pensel dan botol air tu sampai sekarang tak sampai-sampai.

Fisha ada jugak rasa menyesal sebab tak baca dulu customer feedback dia, memang banyak yang orang marah dengan owner shop tu sebab barang lambat sampai kadang-kadang langsung tak sampai. Ada yang order tu berbulan-bulan tunggu tak sampai-sampai. Owner dia tak bagi apa apa pun information pasal barang customer. Atleast bagi lah sebab kenapa barang tu lambat sampai.

 Same goes to me, Fisha order bulan November, bulan Februari baru sampai. Memang Fisha tahu yang pasal barang pre-order ni lambat sampai, tapi Fisha tengok shop yang lain sebulan je dah sampai ._. .
And then Fisha pelik jugaklah owner shop tu macam lebihkan new customer yang baru order ni, mana taknya customer yang dah lama order dari Fisha tu tak sampai-sampai lagi barang diorang.

Seriously,Fisha dah serik dah nak shopping online ni walaupun baru sekali TT^TT.
Wassalam.

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


That 'fakta'

Assalamualaikum.

Walaupun cuti panjang, tetap tak boleh nak tengok TV. Remote control dicontrol oleh adik, asyik tengok kartun je. Sad life ~

Ceritanya macam begini, hari tu sepupu Fisha ni sedu, kesian menengoknya. Lepas tu, tiba-tiba je adik Fisha ni tak tentu pasal muncul lepas tu cakap :

Weh kau tahu tak kalau kau sedu 100 kali, boleh bawa maut

Sepupu Fisha tu kecik lagi, taklah kecik sangat, umur dia 6 tahun. Tak pasal-pasal budak tu panik.
Pelik juga eden mendengarnya bila adik Fisha cakap macam tu, fakta mana dia baca.
Then, Fisha tanya dia, dia dapat fakta daripada mana sampai sedu 100 kali boleh meninggal dunia ni.

And then dia jawab :

Adik tengok Maruko, kawan dia cakap boleh maut kalau 100 kali sedu.

Adik Fisha ni memang tengok kartun je lebih, sampai terpengaruh sekali ._.
Rasanya masa Fisha kecik-kecik dulu takde lah Fisha terpengaruh macam adik Fisha ni, ye lah sebab Fisha tengok kartun tak bercakap macam Teletubbies haha.

Oklah, sampai sini saja lah. Wassalam :)