Rewind

Assalam.

Did you still remember this cartoon ? Hihii. Rindu nak tengok kartun ni, masa tadika selalu ponteng sebab nak tengok kartun ni hihi.

Act bukan ni nak cakap. Nak rewind balik apa yang Fisha buat masa kecik-kecik dulu. Seriously rindu masa kecik dulu, tapi masa kecik dulu, ini yang Fisha cakap.

" Bila nak besar ni, boring jadi budak kecik"

Now I realized that masa kecik lah zaman paling tak mem'boring'kan . Masa 5 tahun dulu, Fisha memang terpengaruh dengan kartun-kartun dekat tv tu, kartun yang paling Fisha suka sekali ofcourse lah Pingu . Memang selalu ponteng tadika sebab cerita tu haha. Teruknya. Then then, kartun yang paling Fisha benci sekali ofc kartun Barbie tu. Masa tu Fisha tak berjiwa perempuan. For me, Barbie tu mengarut. Tapi beli jugak patung-patung Barbie tu, sampai emak marah. 

Lepas tu, Fisha terpengaruh pulak dengan Power Rangers muahaha. Memang bergaduh dengan kawan-kawan sebab nak rebut character dalam kartun tu, then mulalah berlawan macam Power Rangers sampai ada yang menangis lahaii. Tulah taksub sangat.
Kalau pergi ke supermarket, memang Fisha lah nak naik trolley tu. Tak suka berjalan but emak marah suruh exercise jugak dalam supermarket tu.

Hehe, itu saja. Thank you for reading my story hihi.
Wassalam.

Study

Assalam

Heavy rains make me lazy.

18 May nanti Mid-Year Exam, lagi berapa minggu je kot, nak study but laziness menguasai diriku ~ dahlah sekarang ni musim hujan lagilah mengantuknya. Ada apa-apa tips nak study tak? Hahaha, nak dapat straight A, I want 8A in this exam. Mana tahu emak nak belanja Samsung S5 hahaha. Humph, apa pun wish me luck hehe ~

Wassalam.

Broken

Assalam.

 What is broken? Heart? No. Vase? No. Phone? Yes.

Act dah lama phone kesayangan Fisha dah rosak. Dah banyak kali tukar phone dan dah banyak kali phone dah rosak sampai emak pun dah giveup nak bagi phone baru dekat Fisha ni, pantang kalau dapat phone, memang rosak. Tak sampai 5 bulan pun dah rosak. Serious.

 First time dapat phone masa 5 tahun, yeah itu pun nenek yang bagi, phone tu ala-ala 3310 je, tapi pinky so cute lah. After 4-5 months, phone tu rosak duh. Hati terus berkecai, hehe. Then, masa darjah empat, Fisha dapat phone baru lagi, puas pujuk emak, finally mak pun beli lah phone baru warna putih, yeah Nokia lagi. Camera dia memang cantiklah, HD or HQ ? Phone ni tahan lama sikit since tahan lasak, masa darjah enam baru rosak sebab termasuk dalam air. Masa rosak tu, Fisha cuba letak dalam beras sebab ada orang cakap kalau letak dalam beras boleh elok.. Tapi rosak jugak. Lepas tu, pergi ke kedai phone sebab nak repair tapi uncle tu cakap

" Pelung untuk hidup sangat nipis maa"

 Eeee, sayangnya phone tu T^T.

Masa Form 1, emak beli phone lagi. It was Samsung Y, pink. Comel sangat-sangat, kecik gitu. After 6 months, phone tu broken sebab  termasuk dalam air lagi. Then, emak beli phone lagi, it was Samsung S. Not S1, S2 or S3. Warna putih memang cantik. Tapi rosak jugaklah, bulan Feb hari tu rosak. Sedihnya, sekarang ni dah takde phone since emak dah giveup nak bagi phone. Emak suruh beli lepas raya, kumpul duit sendiri. Macam manalah nak beli kumpul duit sendiri ni, ada lagi ke orang nak bagi duit raya dekat budak Form 2 macam Fisha ni. Hehe tapi Fisha target nak beli Samsung S5, haha tapi rasanya dalam mimpi je lah.

Wassalam.

Nama Pelik ?

Assalam.

Baru perasan tadi salah update muahaha. Minta maaf and sorry :D.

Hari tu, bukan hari tu act dah tahun lepas dah hehe, hari tu hari Isnin so ofc ada spotcheck. Ada pengawas tu tegur nama Fisha eh, ingatkan nametag tercabut rupanya dia tegur nama Fisha.

" Nafisha, eh Nafisha XPDC lah "

Then, macam pengawas tu rocker lah pulak haha. Pelik sangatkah nama Nafisha tu? Masa tadika memang semua orang ejek Fisha ni Ikan, tak tahu apa salah eden dengan diorang. Sampai satu masa tu Fisha menangis sebab orang Fisha ni Ikan, maklumlah masa tadika orang ejek nama pun menangis.

Rasanya nama Ain Nafisha tu tak pelik sangatlah haha.

I think nama orang sekarang lagi peliklah,  dont know tapi rasanya nama sekarang kena glamour lah. Tapi rasanya kalau nak glamour pun kena agak-agak jugaklah sebab biasanya nama tu ada makna, eg; Nur maksud dia Cahaya.  Ain maksud dia mata, Nafisha? I dont know tapi puas cari dalam buku, takde maksud pun ._. .

Wassalam.


Rupa Baru Lagi ~

Assalam.

 Akhirnya blog ni dah dibuka yehet. Haha, url blog pun dah ditukar, daripada fryingfishyy ke fishachan. Saja je tukar sebab dah bored dengan fryingfishyy tu. Macam kelakar sangat nama tu, ikan terbakar? Hoho. Fisha dapat nama Fisha Chan tu dari kartun Chibi Maruko Chan tu. Mula-mula nak letak Chibi Fisha Chan? Eh, pelik sangat tew. So, Fisha letak Fisha Chan je lah.

 Masa Fisha nak tukar skin, Fisha nak guna simple template. Agak susah sikit lah guna simple template ni dari blogskin since ada belambak code dan benda-benda alah yang kena fahami. Contohnya, kena edit html lagi, then kena edit layout dia lagi. Wahh, manyak songeh lah. Act Fisha pening nak guna header mana satu, macam-macam Fisha buat header. Ada separuh tu width terlebih, ada width kecil sangat. Haha, memang menguji kesabaran. So macam mana dengan header tu? Humph simple? Haha. Ingat nak buat doodle sendiri, tapi tak pandai sangat so abaikan je lah.

 Hehe, tidak dilupakan juga ya kepada yang exchange link dengan Fisha, saya akan guna exchange bloglist so Fisha akan letakkan nama yang exchange link dekat bloglist, insyaallah esok saya akan letakkan. Banyak PBS ._. , homework lagilah. Pening. Ok, sekian wasalam.

Double Triple Post


Assalam :)

Heboh satu Malaysia yang sekarang ni musim bunga. I saw picture dekat facebook, at first ingat photoshop, maklumlah zaman sekarang ni edit pakai photoshop je kot. Then, tengok dekat newspaper, betullah rupa-rupanya. Cantik betul, eden sungguh jelly tengok orang tu bergambar dengan pokok yang ala-ala sakura tu.

Second, baca suratkhabar tadi. Dengar cerita isyarat ping daripada MH370 buat kali kelima. Alhamdulilah, akhirnya ada juga petunjuk. Semoga urusan mencari MH370 dipermudahkan, amin :).

Third, kepada batch 99 dan yang ke bawah ataupun PBS candidate, ada dengar pasal P3 tak? I heard it tapi tak jelas sangat lah. Kenapaku lahir pada tahun 2000? Why Why T^T. Sad life huehue.

Fourth, Fisha tak tahu, confused. Hehe, Fisha rasa nak buka tempahan mengedit bloglah, tapi kalau tak dapat sambutan, cancel lah. Fisha rasa Fisha akan terima tempahan satu je dahulu sebab Fisha busy dengan PBS. Ok :D Sekian, terima kasih :)

Age & Face

Assalamualaikum dan morning :)

 A few days ago, emak Fisha pergi ke kedai, lepas tu jumpa pulak kawan dia. Lama jugak lah diorang berborak, tapi taklah sampai tak ingat dunia. Then, kawan emak Fisha tu pandang Fisha dengan kakak Fisha. Dia cakap kitaorang dah besar, last dia jumpa kitaorang masa kitaorang kecik dulu.

" Yang ini berapa umur? Dah habis sekolah ? Belajar kat mana?"

"Tingkatan tiga lah"

"Ingatkan dah habis sekolah, muka macam budak besar"

Lepastu, dia tanya emak Fisha, berapa umur kakak Fisha. Terlajak sudah, umur kakak Fisha baru 15 tahun kot. Fisha ingatkan kakak Fisha marah, rupanya dia bangga sebab ada orang cakap dia dah habis sekolah.

" Ini darjah enam ya? Pendeknya" 

"Tingkatan dua lah"

"Muka macam budak kecik je"

I dont know what to say. I was like O_O. 156cm tu masih pendek lagi ke? Pada Fisha tinggi jugak. Muka Fisha yang banyak jerawat ni banyak darjah enam ka?  Ramai orang cakap Fisha darjah enam padahal Fisha dah tingkatan dua.

Pernah tak alami macam perkara di atas? Kadang-kadang muka kita ni boleh describe umur kita. I dont know what to say. Sampai di sini saja entry kali ni. Ktata.



3 in 1 GiveAway by Zulaizat

Klik Sehun yang handsome tu untuk join giveaway ^^

Assalamualaikum. Kali ini Fisha join giveaway daripada Zulaizat. Giveaway ini memang daebaklah, syarat simple dan hadiah dia semua daebaklah. Nak tahu apa?


  • 1 Set Button Badge BAP (6pcs) x1
  • T-Shirt BAP x1
  • EXO Mystery Gifts x2
  • Keychain Handmade x1
  • Keychain Terengganu x1
Hehe sorry ya tulisan warna biru di atas sebab hadiah memang cool. Jemput semua reader yang comel-comel ini untuk join ya, giveaway ini akan tamat selepas melebihi 80 penyertaan  ^^.

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah



Klik banner untuk join ya :D

Assalamualaikum. Kali ini Fisha join Grand Opening Giveaway daripada Afiqah. Yoww hadiah dia memang menariklah, tak caya tekan banner then see. Giveaway ini akan tamat tepat pada 11.59 malam 14 April. Kak Ika buat giveaway ini sempena pembukaan online shop yang diberi nama Nutrition's Cafe. 
Jemput join yaa semua reader yang comel-comel ni :D, of course korang ada chance 50/50 sebab 15 pemenang akan dipilih secara random.org. But, pastikan korang ikut semua syarat yang ditetapkan, if you're the lucky winner but tak ikut syarat akan dibuang daripada senarai pemenang. 

Sekali lagi, jemput joinggg hehe ^^.