Fashionista & Trendy

Assalamualaikum.
 Walaupun owner blog ini bukan seorang yang fashionista tapi nak jugak update pasal benda-benda alah dalam fashion ni yea banyak sangat sekarang ni. Masa Fisha kecik-kecik dulu, rasanya ramai orang pakai tudung bawal ja. Then, dunia makin maju ke hadapan lepas tu mulalah tudung sarung macam Ariani tu jadi fesyen. Ramai juga orang pakai tudung sarung macam gitu sebab senang nak pakai, terus sarung ja tak payah pakai pin-pin bagai.

Then, tak tahu sejak bila tiba-tiba pakai tudung shawl menjadi trend sampai macam-macam gaya nya lah antaranya half moon bagai lah etc. Fisha memang tak suka sikit pakai shawl ni sebab banyak sangat kena buat, so Fisha lebih suka akan pakai tudung syria, simple tapi comel. Masa Hari Raya tahun lepas, Fisha cubalah beli shawl pollka dot memang cantiklah. Masa beli tu emak dah bagi warning kalau tak pandai pakai tak payah beli dah lepas ni. Lepastu Fisha buat dek je, tahuje lah kalau dah shopping mesti tak kesah apa-apa.And then, Fisha pun pakailah masa hari raya tu, memang pakai belit je tapi tak menjadi menyebabkan stress. Finally, kakak jugak lah yang tolong sambil merungut.

By the way, lepas nampak cikgu Fisha pakai shawl yang corak tribal tu, Fisha rasa kiut miut je. Lepas tu nampak pulak si Anisa kawan Fisha tu pakai shawl dalam gambar dia, kiut je. Menyebabkan Fisha nak jugak pakai, puas cari tutorial. Akhirnya Fisha tertarik dengan tutorial shawl dekat blog kak Zakira .

Fisha rasa tutorial yang ni macam senang je lepas tu comel je kartun tu pakai shawl hehe. Orang yang menutup aurat tu comelnya sebab itu Islam Is Beautiful right ? Hmmph ktata assalamualaikum ^^.

2 comments:

Anis Adnan said...

Akak tak pandai pakai tudung syria, shawl tu. Cuma pandai pakai bawal & tudung sarung je. Huhu. Tapi sekarang ni jinak-jinakkan diri dengan fesyen yang pelbagai ni. Heee :D

Ain Nafisha said...

Anis Adnan: Haha samalah menjinakkan diri dengan fesyen sekarang ni ^^