Apabila Sebut Asrama..

Kaka Kiki Kuku Lala , Jaejin's .


Assalamualaikum.
 Dengan adanya laptop , maka Fisha pun update lah blog tengah malam buta ni. Fisha mula risau since tahun depan form 3 , ada kelas tambahan malaslah nak balik lambat sebab rumah jauh. Lebih baik duduk asrama, dekat sikit, kawan-kawan pun dah setuju nak duduk asrama sebab tahun depan exam. K, jom ke main topik. Fisha cuma nak sharing yang terlampau banyak tanggapan dekat asrama. Sebut jee perkataan asrama mesti ada yang kata bukan-bukan. Ada Fisha tak percaya sebab rasanya terlampau mengarut lah.

Hantu / Keras
Ni kalau tanya ada apa kat asrama, mesti benda ni dia jawab. Ada seorang budak dia cakap asrama berhantu. " Mana ada asrama takde hantu "." Setiap asrama ada hantu punya." Lepas tu tanya dia yang dia duduk asrama tak. Dia jawab tak, lepas tu tanya lagi dari mana dia tahu. Dia jawab kawan dia cerita. Humph, dia tak duduk asrama pun tahu asrama ada hantu sebab kawan dia. Hm, curious.

Tak Baik
Mak cik tu cakap yang asrama ni tak payahlah sebab kebanyakan budak-budak suka ambil kesempatan nak couple-couple. Lebih baik duduk rumah lagi bagus, hidup anak pun terkawal, tu dia cakap dekat emak Fisha. Hmm ,rasanya kalau jauhkan diri dari benda tak elok tu, insyaallah dapat elakkan diri dari benda tak elok tu.

Tak Boleh Belajar
Tak tahu siapa yang cakap yang dia tak boleh belajar dekat asrama sebab dia tak dapat fokus. Maybe setengah orang tak suka belajar dekat asrama. Suka belajar dekat rumah lagi best. For me, dekat asrama lagi best sebab ada kawan-kawan boleh study group.

Itu je lah Fisha nak update, hehe. Bilalah nak tukar skin blog nikan ,dah bosan menengoknya. Ktata assalamualaikum.

No comments: