Kisah Sebagai Junior ...

 
Assalamualaikum...

Terdetik di hati nak cerita pasal-pasal jadi junior dulu . Masa darjah satu dulu tak boleh blah , masa tu Fisha memang tak tahu apa-apa langsung. Tudung pun senget-benget je pakai, maklumlah budak umur 7 tahun kan, mana tahu apa-apa baru nak kenal dunia kan ? Back to the main topic, masa tu Fisha harapkan kakak Fisha je yang tolong Fisha, kakak Fisha masa tu darjah 2, kitaorang selalu bergaduh dekat sekolah tak fikir pun hal sekeliling. Malunya-malunya.

Naik ke sekolah menengah, Fisha masuk Form 1 , first day hari orientasi. Budak Form 4 pun ada orientasi sekaligus dengan kitaorang.  Saya tengok diorang memang spotting gila dengan cikgu-cikgu , buat cikgu tu macam kawan pulak hehee.Masa tu saya memang tak kenal siapa-siapa pun, tak fikir pun nama budak-budak sekeliling saya kecuali kawan-kawan sekolah rendah. Waktu tu saya memang innocent sangat. Ceramah cikgu dekat depan tak dengar sangat, kepala otak asyik fikir pasal buli-buli je. Tak tahu kenapa, hati takut kena buli dengan senior lol sebab ada muka senior tu menakutkan tapi tak tahulah pulak hati dia baikkan. Ingat lagi dekat cerita kakak saya yang dia ditegur oleh senior. Senior tu tegur kakak saya yang kasut dia kotor. Lepas tu kakak saya tengoklah kasut dia , bersih je lepas tu senior tu ketawa terbahak-bahak dengan geng-geng dia. See , rupa-rupanya wujud lagi senior yang macam begini . Seriously Fisha ingat semua senior skema-skema je.

Sekarang dah 2014 , saya bukan lagi budak paling kecil dekat sekolah tu. Saya dah ada adik-adik form 1 tapi tak berminat untuk mengambil adik angkat sebab kebanyakan diorang lagi tinggi dari saya. Malunya... Dah takdir saya pendek macam begini kan.Rasanya form 1 tahun ni tak macam tahun lepas, rasanya form 1 tahun lepas { tahun saya form 1 } malu nak terbawa-bawakan sikap darjah enam ... Form 1 tahun ni, hmm Fisha tengok selamba diorang je main kejar-kejar lah, polis-polis lah idk what etc.  Saya dah naik Tingkatan 2, tapi rasanya diri masih lagi Form 1 sebab saya masih anggap tahun 2013 tak berakhir lagi. Selalu tertulis dekat buku tahun 2013 , cikgu yang mengajar saya pun sama. Sayangnya nak tinggalkan 2013 hmm sebab tahun tu lah tarikh birthday saya menjadi 13/3/13 . Macam best je bunyi kan hehe . Ktata assalamualaikum .

2 comments:

Zara Nurhaidah said...

Perghhhhh.. unik ny tarikh birthday fisha last year !! ^^ baca entry ni..zara tringt pulak kenakalan zara jg masa form1.. hahaha.. skang dah kawen.. mcm nak balik pegi alam skolah.. haha

Ain Nafisha said...

Zara Nurhaidah : hahaha ^^ tu la , rindu zaman sekolah ke ? Fisha rasa sekolah ni letihlah :( banyak homework hoho