5 Things That I Hate In School

Assalamualaikum .

Fisha nak list kan apa yang Fisha memang benci betul kalau benda ni terjadi dekat sekolah. Maybe benda ni pernah terjadi dekat korang semua kot ...

(a) Bising 
- Yang ni perkara yang paling dibenci ... maybe tak semua orang benci sebab suka bising-bising.. Fisha mengaku masa sekolah rendah Fisha memang suka suasana bising masa belajar dan tak faham kenapa orang suka suasana sunyi lol . To be honest sekali budak tu buat bising dalam kelas masa cikgu mengajar naknya waktu English ( my favourite subject lah dikira tu walaupun english tunggang langgang ) , terus Fisha cap budak tu gedik.. Maaf ya kalau kengkawan Fisha baca ...

(b) Kantin sesak
- Rasanya semua orang tak suka.. Walaupun makanan kegemaran ada jual tetap tak nak beli sebab rasanya tengok budak beratur panjang dah hilang selera ..

(c) Budak pijak kasut dari belakang
- Yang ni seriously annoying sebab pijak kasut dari belakang saya tahu awak tak SENGAJA tapi disebabkan awaklah kasut saya tercabut and malukan saya ...  tak pasai-pasai saya cakap benda tak baik dekat awak sebab saya melatah T^T .

(d) Budak main ambil pensil etc
- Paling tak suka bila budak pinjam barang main pakai ambik je, pakai ganas pulak tu. Masa awal form 1 dulu, habis correction tapeku dijahanam oleh budak sebelah tu, 3 hari dah habis T^T Mak tanya kenapa habis awal tak tahu apa nak jawap ...

(e) Budak pandang
- Tak tahu macam mana nak cakap .. Contohnya situasi begini :
  A ketuk pintu kelas kawan dia lepas tu semua budak dalam kelas kawan dia pandang A macam A tu curi duit belanja diorang .
Seriously I hate this situation ... Dah berapa kali macam begini, and then diorang berbisik sambil pandang orang , nak makan penampar pe

Pengajarannya , sila lah bersopan-santun... jangan buat orang kecewa atau berkecil hati .. Tak tahu apa nak cakap dah, ok tata.




DZA Giveaway


Assalamualaikum . Sekali lagi Fisha join giveaway. Harap-harap menanglah , insyaallah :) . Klik banner untuk join giveaway yang awesome ini , terima kasih :D . Saya tag :

Aisya , Zakira dan Alis :)

Jemput join kamu semua ^^ .


Kisah Sebagai Junior ...

 
Assalamualaikum...

Terdetik di hati nak cerita pasal-pasal jadi junior dulu . Masa darjah satu dulu tak boleh blah , masa tu Fisha memang tak tahu apa-apa langsung. Tudung pun senget-benget je pakai, maklumlah budak umur 7 tahun kan, mana tahu apa-apa baru nak kenal dunia kan ? Back to the main topic, masa tu Fisha harapkan kakak Fisha je yang tolong Fisha, kakak Fisha masa tu darjah 2, kitaorang selalu bergaduh dekat sekolah tak fikir pun hal sekeliling. Malunya-malunya.

Naik ke sekolah menengah, Fisha masuk Form 1 , first day hari orientasi. Budak Form 4 pun ada orientasi sekaligus dengan kitaorang.  Saya tengok diorang memang spotting gila dengan cikgu-cikgu , buat cikgu tu macam kawan pulak hehee.Masa tu saya memang tak kenal siapa-siapa pun, tak fikir pun nama budak-budak sekeliling saya kecuali kawan-kawan sekolah rendah. Waktu tu saya memang innocent sangat. Ceramah cikgu dekat depan tak dengar sangat, kepala otak asyik fikir pasal buli-buli je. Tak tahu kenapa, hati takut kena buli dengan senior lol sebab ada muka senior tu menakutkan tapi tak tahulah pulak hati dia baikkan. Ingat lagi dekat cerita kakak saya yang dia ditegur oleh senior. Senior tu tegur kakak saya yang kasut dia kotor. Lepas tu kakak saya tengoklah kasut dia , bersih je lepas tu senior tu ketawa terbahak-bahak dengan geng-geng dia. See , rupa-rupanya wujud lagi senior yang macam begini . Seriously Fisha ingat semua senior skema-skema je.

Sekarang dah 2014 , saya bukan lagi budak paling kecil dekat sekolah tu. Saya dah ada adik-adik form 1 tapi tak berminat untuk mengambil adik angkat sebab kebanyakan diorang lagi tinggi dari saya. Malunya... Dah takdir saya pendek macam begini kan.Rasanya form 1 tahun ni tak macam tahun lepas, rasanya form 1 tahun lepas { tahun saya form 1 } malu nak terbawa-bawakan sikap darjah enam ... Form 1 tahun ni, hmm Fisha tengok selamba diorang je main kejar-kejar lah, polis-polis lah idk what etc.  Saya dah naik Tingkatan 2, tapi rasanya diri masih lagi Form 1 sebab saya masih anggap tahun 2013 tak berakhir lagi. Selalu tertulis dekat buku tahun 2013 , cikgu yang mengajar saya pun sama. Sayangnya nak tinggalkan 2013 hmm sebab tahun tu lah tarikh birthday saya menjadi 13/3/13 . Macam best je bunyi kan hehe . Ktata assalamualaikum .

Mini Topup Giveaway by Aniss Anissa


Klik Banner yang comel untuk join giveaway yang awesome ini :)

Akhirnya Fisha dapat juga join giveaway ini , jom join giveaway ni .  Mana tahu dapat topup kan ? 

Segmen Blogwalking Beramai-ramai


Klik banner untuk join segmen ini . 
Bukan sahaja dapat berblogwalking ke blog orang lain ;

1 - Dapat merapatkan hubungan silaturahim antara blogger-blogger
2 - Dapat kawan baru :) 

Dan lain-lain . 

Segmen Simple Mimple


Klik banner yang comel ini untuk join :)

Fisha join segmen ni , anda bila lagi ? Hehee


I Want EXO-M Postcard Giveaway!


Assalamualaikum . Dengan sukacita nya ingin memaklumkan kepada semua rakyat jelata pembaca blog ini , Fisha ada join giveaway ni. Nak sangat postcard EXO-M . Jom join ,  klik banner ya  exostan :) .

Bias dalam EXO-M :  Lu Han

Dulu dan Sekarang ...


Assalamualaikum .

Rasanya memang berlainan antara sekarang dan lain. Feel sekarang dan dahulu lain. Bukan apa, tengoklah sekarang. Adik Fisha yang kecil tak macam Fisha yang kecil dulu. Masa-masa kecik dahulu, saya hanya menghadap televisyen menonton Teletubbies , main playstation itu pun yang PS1. Ingat lagi masa kecil saya selalu dipuji oleh orang ramai kerana terer bermain game , actually kalau Fisha main game lawan-lawan gitu, Fisha tak lawan dengan computer sebenarnya. Fisha lawan dengan player 2 dan sebenarnya takde orang pun control controller player 2 tu, hehe -_- . Back to the topic ,  sekarang macam-macam ada. Adik Fisha asyik menghadap telefon je, main online game. Flappy Bird lah *rindu main game tu lol* Talking ini lah ,blabla etc .  Memang lainlah.

One more, Fisha dulu tak ada mengejek-ngejek couple masa pra-sekolah. Sekarang, adik Fisha ada scandal. lol, dulu masa umur 5 tahun, boyfriend pun tak tahu apa maknanya. Seriously , masa naik sekolah menengah baru lah tahu apa itu crush makna couple semua tu tapi takde mana pun, tapi saya mengaku saya ada crush iaitu teddy bear dekat kedai tu comel sangat tolong belikan kk *sorry meraban-raban* , actually Fisha ada minat budak tu tapi Fisha nampak dia masa ujian MRSM tu tapi tak tahu identiti budak tu, ok lantak dialah -.- . By the way Fisha rindu nak jadi budak tadika. Hahaa. One more lagi, tengok budak sekarang pun ada minat Kpop dah, example my little brother and my niece, adik Fisha baru umur 7 tahun, dia minat Kpop sejak tahun lepas lepas dia nampak EXO dekat Music Bank nyanyi lagu wolf. Lepas tu yang lain pun ikutlah, dia cakap dia minat Tao and kadang-kadang dia berlagak jadi Tao. Ok, rasanya entry ini tiada makna lah sebab tiada feel masa menaip. , k tata  assalamualaikum .

Tutorial : Simple Sidebar Title

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum , Fisha rajin mahu buat tutorial. Tak tahu apa nak post , so Fisha buat macam ini sahaja lah , maybe sidebar title ni terlampau simple. It's okay kan-kan? Request tutorial amat dialu-alukan di cbox. Thankyou :) .

Preview Sidebar Title :

Hanya gambar , bukan live preview .


1) Copy code di bawah dan paste di atas kod </style>


.title {
background:#Fef;
line-height:3px;
border-radius:3px;
font-family:lemoncanfly;font-size:40px;text-align:center;
color:#bebebe;

}
@font-face{font-family:lemoncanfly;src:url('http://static.tumblr.com/eq1rpir/A8nm517nt/lemons_can_fly.ttf')}


2) Selepas itu , gantikan code title sidebar korang kepada yang ini .

Contoh ini kod sidebar title korang .

<div class="main-title">Welcome</div>

Tukarkan kepada yang ini .

<div class="title">Bonjour</div>
Done ! Semoga berjaya :) .

2 Months Of 2014 already


Pejam celik pejam celik tengok tengok kita sudah berada di penghujung bulan Februari. Pantas sungguh masa berlalu, next week exam. Frust sungguh, cikgu cakap subjek Form 1 akan masuk. Alah, dah lupa lah formula-formula semua tu. Someone help me? Humph.

Masa bulan Januari hari tu macam-macam berlaku, sekolah Fisha ada buat merentas desa, memang penatlah tapi syok juga berlari dengan kawan-kawan. Tujuan untuk menang diabaikan secara tak sengaja, hehe. Fisha kalah, langsung tak dapat nombor tapi dapat 1 point untuk rumah Merah, go go. Alhamdulilah, rumah sukan Fisha jadi johan tahun ni. Tak boleh lupa masa latihan hari tu, kitaorang sesat.

Sekarang dah bulan Februari, next ialah Mac. Tak sabarnya menunggu 13 Mac, my birthday. Insyaallah akan menyambutnya. By the way, blog ni sudah bertukar skin, macam mana? Ok tak, kalau KO bagi tahu, jangan risau saya tak makan orang. Sekian, terima kasih :) .

New Skin ;;

Assalamualaikum .
 Blog dah tukar skin , puas menukar nya , cari kod sendiri lah blablabla etc . Ok tak ? Kalau tak ok , bagi tahu ya . Thankyou :) . Ingat nak buat tutorial dan freebies , ok tak ? Haha , pandir pulak saya ni .

Fangirls Giveaway


Jom join giveaway yang hebat ini . Khas untuk Kpopper , Belieber , Directioners ataupun yang digelar Fangirls :) .

First Giveaway by Mrs Bella


Assalamualaikum

klik banner untuk join...

Alhamdullilah akhirnya terlaksana juga giveaway pertama saya iaitu First Giveaway by Mrs Bella. Sebenarnya dah lama nak buat giveaway ni but takde time nak buat maklumlah busy belajar.Hadiahnya simple je syaratnya pun tak banyak. Pemilihan pemenang berdasarkan Random and jangan lupa meriahkan First Giveaway by Mrs Bella

Tag 2 org rakan : Ain Najwa , Aera
Link profile facebook : Ain Nafisha



Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja


As'salam . Jom join segmen yang menarik ni :) . Klik banner untuk join terima kasih :)